Tiada Pembalakan Di Hutan Simpang Lentang – Jabatan Perhutanan Pahang

Berita

Tiada Pembalakan Di Hutan Simpang Lentang – Jabatan Perhutanan Pahang

Jabatan Perhutanan Pahang menerusi kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan bahawa tiada pembalakan secara sah atau haram dilakukan di Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan serta tanah milik berhampiran Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong, seperti laporan Berita Harian Online.

Menerusi tinjauan dron yang dilakukan, kedua-dua tempat didapati mempunyai sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan ialah sisa sampah sarah daripada kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul.

Advertisement
Pembalakan pahangSumber : Astro Awani  

Semakan udara juga mendapati banyak kesan tanah runtuh di kawasan berbukit di dalam Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan dan tanah milik yang membawa sisa sampah-sarap…

… terdiri tanah-tanih, batu-bata dan pokok-pokok yang hanyut masuk ke dalam Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul, akibat arus air yang sangat kuat menghentam di sepanjang laluan sungai itu.

Tambah jabatan itu lagi, tinjauan di lapangan turut menemukan pelbagai sisa batang pokok dan kayu daripada pelbagai spesis seperti pokok hutan, durian, getah dan kelapa sawit yang menunjukkan arus air sungai yang terlalu deras telah membawa sisa-sisa kayu daripada kawasan luar Hutan Simpan Lentang.

 

Ia sekaligus menyangkal dakwaan warga maya yang mengatakan sisa-sisa kayu kayan itu mempunyai kaitan dengan pembalakan di tanah kerajaan Sungai Gapoi kerana jaraknya juga jauh iaitu 16 kilometer dari Jambatan Telemong dan 23 kilometer dari jalan Bentong-Karak.

Dalam pada itu, Jabatan Perhutanan Pahang melakukan tindakan lanjut bagi memastikan sisa-sisa itu dialihkan dan dilupuskan dengan segera mengikut peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984.

Bagi mengelakkan daripada berlakunya hakisan yang lebih serius, Jabatan itu turut menyarankan agar perlaksanaan penguatkuasaan pematuhan zon penampan sungai di sepanjang sungai yang dibangunkan oleh agensi, syarikat atau orang awam.

2 years ago

(VIDEO) Hujan Berterusan di Kelantan, Penduduk Kongsi Rakaman Kepala Air 'Mengganas' di Kuala Krai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...