Sedia maklum, pengacara program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jihan Muse teruk dikecam selepas didakwa membuat gurauan berlebihan mengenai bapa kumpula vokalis Caliph Busker, Azmi Saat.
Susulan sedar mengenai kecaman yang diterima, di laman Instagram Jihan, dia memuat naik permohonan maaf secara terbuka kepada Azmi Saat dengan gurauannya itu.
View this post on Instagram
Di dalam hantaran tersebut, pengacara terbabit berkata dirinya sudah pun menghubungi Azmi untuk memohon maaf pada Isnin lalu secara peribadi.
Tiadalah saya berniat mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan.
Jihan turut menganggap perkara ini merupakan pengajaran buatnya di masa akan datang agar lebih berhati-hati serta peka apabila melontarkan kata-kata.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang berasa ‘lega’ Jihan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada vokalis tersebut dan berharap agar berfikir membuat lawak yang lebih relevan serta kurangkan menggunakan orang sebagai bahan lawak.