“Kalaulah Orang Normal Tahu Macam Mana Susahnya Jadi OKU…” – Azmi Saat Respon Gurauan Nama Ayah Dibuat Jihan Muse

Hiburan

“Kalaulah Orang Normal Tahu Macam Mana Susahnya Jadi OKU…” – Azmi Saat Respon Gurauan Nama Ayah Dibuat Jihan Muse

Baru-baru ini, pengacara All Stars Gegar Vaganza, Jihan Muse menerima kecaman ramai selepas bergurau nama bapa vokalis kumpulan Caliph Busker, Azmi Saat.

Jihan Muse Azmi Saat
6 months ago

"Dahla OKU Penglihatan, Nama Bapak Pula Dibuat Main" - Jihan Muse Dikecam Permainkan Nama Azmi Saat Di ASGV

Advertisement

Terbaru, Azmi Saat memberi respon terhadap hal itu dan katanya sebagai seseorang yang rapat dan mengenali Jihan dia akui tidak terasa dengan hal tersebut.

Namun, dia sendiri sudah dapat meneka bahawa ia akan tular dan menjadi isu besar kerana perkara seumpama itu pernah berlaku di antaranya dan Nabil.

Waktu Jihan cakap tu, saya ada dekat backstage. Bila dengar, memang dah agak dah ini bahaya ni. Tapi dalam hati, saya tak adalah rasa marah ke apa.

jihan

Ujar Azmi lagi, gurauan kasar sebegitu sebenarnya tiada masalah jika ia di antara orang yang kita rapat, sepertinya dan Jihan namun ia tidak boleh diterima masyarakat memandangkan ia hal sensitif.

Menurut Azmi, selepas kejadian itu Jihan sendiri ada menghantar mesej kepadanya secara peribadi dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

Kita kena belajarlah jugaklah gurauan macam tu agak sensitif di masyarakat kita malah setiap orang bangga dengan nama ayah kan, bila dibawa main memang orang tak suka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...