“Tiada Niat Nak Perlekeh Atau Hina” – Isu Logo Menyerupai Kalimah Allah Di Tapak Kasut, Jenama Vern’s Beri Penjelasan

Berita

“Tiada Niat Nak Perlekeh Atau Hina” – Isu Logo Menyerupai Kalimah Allah Di Tapak Kasut, Jenama Vern’s Beri Penjelasan

Sebelum ini, pihak KK Mart teruk dikecam dan dihentam semula susulan menjual stoking yang mempunyai kalimah Allah sebagai design.

Kalimah Allah di tapak kasut?

Terbaru, tular pula mengenai jenama kasut Vern’s didakwa mempunyai logo yang menyerupai kalimah Allah di tapak kasut yang membuatkan ramai pihak tidak berpuas hati.

Advertisement

Sedar mengenai hal itu, pihak Vern’s tampil memohon maaf pengeluaran kasut tumit tinggi telah disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam.

verns

Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.

Segera hentikan penjualan

Enggan memperbesarkan isu, pihak Vern’s mengambil tindakan menghentikan penjualan kasut dan logo serta sedia memulangkan semula wang pelanggan yang telah membelinya.

verns

Malah, mereka mengakui kekhilafan yang berlaku kerana tidak meneliti lebih lagi semasa membuat keputusan dan akan pastikan tidak akan berulang lagi di masa akan datang.

kk supermart
1 month ago

Belum Reda Isu Kalimah Allah Di Stoking, KK Mart Jementah Tak Asing Minuman Keras Diarah Tutup!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...