Belum Reda Isu Kalimah Allah Di Stoking, KK Mart Jementah Tak Asing Minuman Keras Diarah Tutup!

Berita

Belum Reda Isu Kalimah Allah Di Stoking, KK Mart Jementah Tak Asing Minuman Keras Diarah Tutup!

Sedia maklum, kedai serbaneka KK Supermart & Superstore baru-baru ini menjadi topik bualan ramai susulan menjual stoking yang mempunyai kalimah Allah sebagai design.

Tak asing minuman keras

Terbaru, KK Supermart di Jementah, Segamat pula diarah tutup serta-merta susulan tidak mengasingkan minuman keras dan minuman biasa di premis tersebut, kelmarin.

Advertisement

Difahamkan, arahan tersebut diarahkan oleh Majlis Perbandaran Segamat (MPS) susulan pemeriksaan dilakukan yang turut disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Segamat dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

kk supermart

Sorok minuman keras

Dalam pada pemeriksaan lanjut dilakukan, didapati premis berkenaan menyorokkan minuman keras tanpa lesen sah daripada MPS sebelum 196 botol disita seleras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 50 (1) Undang-Undang Kecil Pelesanan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017.

Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas premis itu mendapati tiada penjualan atau penyimpanan stoking yang menulis kalimah ALLAH.

Sekadar info, sebanyak 80 premis perniagaan termasuk rangkaian serbaneka KK Supermart yang dikaitkan dengan penjualan stoking kalimah Allah dilaporkan diserbu oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

shuibb kk mart
1 month ago

Isu Stokin Kalimah Allah, Shuib Sedia Undur Diri Jadi Duta KK Mart - "Saya Percaya Rezeki Allah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...