Isu Stokin Kalimah Allah, Shuib Sedia Undur Diri Jadi Duta KK Mart – “Saya Percaya Rezeki Allah”

Hiburan

Isu Stokin Kalimah Allah, Shuib Sedia Undur Diri Jadi Duta KK Mart – “Saya Percaya Rezeki Allah”

Pelawak dan usahawan, Shuib berkata dia tidak akan memandang enteng isu penjualan stokin yang tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart yang menjadi ‘viral’ baru-baru ini.

Ujar Shuib, perkara yang menyentuh sensitiviti agama ini tidak seharusnya dibiarkan berlaku dalam mana-mana bidang perniagaan ataupun situasi.

Advertisement

Dia yang juga merupakan duta kedai serbaneka itu menegaskan tidak akan menyokong jika perkara itu benar-benar terjadi.

Kita akan marah sebab kalimah Allah ini benda yang terlalu besar. Kalau benar, saya tidak akan menyokong, saya tak akan mengiyakan langsung sebab ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam.

Saya memang marah ketika isu ini tercetus sebab tidak sepatutnya berlaku. Perkara yang terjadi itu sangat keji, ini yang saya boleh cakap.

Dalam pada itu, Shuib juga mengakui sedia melepaskan komitmennya sebagai seorang duta jika kedai serbaneka itu terbukti bersalah kelak.

ShuibSumber : Facebook  

Saya akan teguh berdiri sebagai seorang umat Islam yang tidak akan sesekali menyokong sesuatu perkara salah. Saya sentiasa percaya pada konsep rezeki. Jika memang tiada rezeki saya maka tiadalah dan sebaliknya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila wujud stokin yang tertera kalimah Allah dijual secara terbuka di rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

Syarikat itu kemudiannya tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran itu dan sedang disiasat oleh pihak berkuasa berhubung isu tersebut yang didakwa biadab dan sengaja menvetuskan provokasi terhadap institusi agama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ruhainies
1 month ago

"Hanya Saja Allah Menutup Aibku" - Ruhainies 'Like' Hantaran Ibu Aliff Aziz Di Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...