Tiada Masa Untuk Diri Sendiri, Miera Leyana Sibuk Uruskan Anak Dan Rumah Tangga

Hiburan

Tiada Masa Untuk Diri Sendiri, Miera Leyana Sibuk Uruskan Anak Dan Rumah Tangga

Pelakon jelita, Miera Leyana mengakui bahawa dia kini tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana terlalu sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan juga isteri.

Miera Leyana
6 bulan lalu

'Cukup 4 Bulan Baru Kami Akan Tunjuk Muka Bayi' - Miera Leyana Dah Sebulan Bersalin

Advertisement

Ujar Miera atau nama sebenarnya Miera Liyana Seri Kasmi, fokus utamanya pada waktu ini adalah untuk bayi sulung kesayangan yang baru sahaja berusia tujuh bulan.

Ceritanya, dia kini sudah tidak selalu ‘bersiap’ atau berdandan semenjak bergelar ibu kerana tumpuan lebih diberikan kepada anaknya itu.

Advertisement

Bukan selalu ‘make up’ dan bersiap sejak bergelar ibu sebab tumpuan saya diberikan kepada anak. Nak ambil masa untuk diri sendiri pun saya rasa bersalah. Sebab saya rasa masa itu seharusnya untuk baby saya. Apatah lagi, dia masih kecil dan memerlukan tumpuan dan jagaan rapi.

Aktres ini turut memberitahu bahawa dia sehingga kini masih menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan peranan sebagai seorang ibu.

Dia yang yang ditermui media juga meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami dan keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan hal-hal rumah tangga dan anaknya.

Miera juga berkata dia dan suami, Rosland Othman,47, masih belum bersedia untuk mendedahkan nama serta jantina anak mereka kepada umum kerana ia adalah permintaan daripada suami.

Sekadar info, pelakon drama Memori Cinta Suraya ini telah selamat bergelar isteri bersama dengan seorang ahli perniagaan pada 26 Julai tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...