Tiada Maklumat Terbaru, PDRM Tidak Pernah Tutup Kes Gangguan Seksual Babitkan Ebit Lew

Hiburan

Tiada Maklumat Terbaru, PDRM Tidak Pernah Tutup Kes Gangguan Seksual Babitkan Ebit Lew

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa pihak mereka tidak pernah menutup kes siasatan gangguan seksual yang melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan di mana pihak polis tidak menerima sebarang maklumat terkini daripada mana-mana pihak bagi membantu siasatan.

Advertisement

Kes ini tidak pernah ditutup dan tiada rujukan untuk tiada tindakan lanjut (NFA). Sebaliknya kes masih dalam siasatan dan PDRM turut mengalu-alukan maklumat baru.

Dakwaan mengenai ada cubaan untuk menutup kes siasatan gangguan seksual itu difahamkan muncul setelah sebuah akaun media sosial Edisi Siasat telah membangkitkan hal tersebut.

Terdahulu, pendakwah itu telah disiasat setelah pihak polis menerima laporan daripada beberapa orang yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Sehubungan itu, PDRM telah membuka kerta siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ebit Lew
2 years ago

"Doakan Yer.." Selepas Switzerland, Ebit Lew Bawa Isteri Tunai Umrah Pula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...