“Doakan Yer..” Selepas Switzerland, Ebit Lew Bawa Isteri Tunai Umrah Pula

Hiburan

“Doakan Yer..” Selepas Switzerland, Ebit Lew Bawa Isteri Tunai Umrah Pula

Pendakwah bebas yang sebelum ini hangat dilanda kontroversi, Ebit Lew khabarnya telah membawa bidadari tercinta menunaikan umrah setelah bercuti di Switzerland, baru-baru ini.

Ebit Lew dan kelaurga
3 years ago

Bawa 'Bidadari' & Anak-Anak Bercuti Ke Switzerland, Netizen Suruh Ebit Lew Berehat

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Ebit menerusi laman sosial Facebooknya yang dilihat sedang dalam sebuah penerbangan menuju ke tanah suci Mekah.

“Doakan yer. Perjalanan cinta dan rindu menziarahi Baginda Rasulullah Solallahu alaihi wasallam.” tulisnya ringkas di bahagian kapsyen foto tersebut.

Dalam hantaran itu, Ebit bersama isterinya berada dalam ruang kelas pertama sebuah syarikat penerbangan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat mendoakan agar perjalanan Ebit dan isteri ke Mekah selamat dan sejahtera hendaknya.

“Seronoknya ada duit boleh pergi bila-bila masa yang kita nak. ustaz tolong doakan satu hari nanti saya dan suami dapat jejak kaki ke sana. Amiin.” tulis seorang peminat di ruangan komen.

“Tahniah Ustaz dan isteri jadi tetamu Allah, Ddoakan saya segera ke sana dan sampaikan salam rindu kepada Rasullulah ya Ustaz, moga selamat pergi dan pulang.” sahut seorang lagi pengguna media sosial Facebook.

Terdahulu, Ebit Lew telah membawa seluruh ahli keluarganya bercuti ketika musim sejuk di negara Switzerland sekitar bulan Oktober yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...