Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila impiannya untuk menghasilkan lagu raya pada tahun ini terpaksa ditangguhkan.
Tiada lagu raya tahun ini
Jelas Aliff Syukri, komposer yang bertanggungjawab menhasilkan lagu raya untuknya itu telah berpaling tadah.
Maafkan saya awak. Komposer saya buat tahi. Curi lagu saya kasi dekat artis lain.
Maaf semua sebab saya kecewakan korang. Saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ini.
Berita sedih itu dikongsikan usahawan itu menerusi satu hantaran Instagram miliknya, semalam.
Nak bawa diri ke luar negara
Dalam pada itu, Aliff berkata dia berasa kecewa kerana bakat nyanyiannya seperti tidak dihargai rakyat Malaysia malah bertekad untuk membawa diri ke luar negara.
Sebab saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya. Saya terpaksa membawa diri untuk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya.
“Maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu raya ini” luah Aliff Syukri.
Sebelum ini, Aliff Syukri pernah mengeluarkan lagu raya seperti La La Raya, Kelepok Raya dan Cak Cun Cak Raya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.