“Diorang ‘Lain Macam’, Datang Set Penggambaran Bersama, Guna Panggilan ‘Baby'” – Kru Penerbitan Drama Terjerat

Trending

“Diorang ‘Lain Macam’, Datang Set Penggambaran Bersama, Guna Panggilan ‘Baby'” – Kru Penerbitan Drama Terjerat

Memetik Harian Metro, seorang kru penerbitan yang hanya ingin dikenali sebagai Mr Z mendedahkan sikap ‘lain maca’ antara Aliff Aziz dan Ruhainies ketika berada di set penggambaran drama Terjerat.

Aliff Aziz dan Ruhainies guna panggilan ‘baby’

Ujar Z, pasangan duo drama berkenaan turut mempunyai panggilan mesra iaitu ‘baby’ dan sangat akrab jika dibandingkan dengan pelakon yang lain.

Advertisement

Malah, keduanya menurut Z pernah meluangkan masa duduk di dalam kereta dan datang ke set bersama-sama.

Tapi dalam kes mereka ini saya nampak lain macam. Kami ada berikan nasihat kepada Aliff supaya jangan terlalu rapat disebabkan kes terdahulunya, tapi dia beri alasan perlu berbuat demikian bagi bina keserasian bersama Ruhainies.

Disebabkan itu, memang nampak kemesraan mereka. Kadang-kadang mereka duduk dalam kereta bersama, termasuk panggilan baby. Hubungan mesra mereka di lokasi penggambaran yang kononnya untuk mencipta keserasian, tak sangka pula dibawa sampai ke rumah.

Tak sangka hubungan sejauh itu

Katanya lagi, dia beranggapan bahawa kedua-duanya bersikap profesional dan tidak terfikir hubungan mereka sejauh ini apatah lagi persahabatan antara Bella dan Ruhainies juga sangat baik.

Pada mulanya saya tak terfikir pun hubungan mereka sejauh ini. Saya ingatkan mereka profesional, tapi selepas apa yang berlaku, baru saya tersedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang sekali ke lokasi. Pernah juga Ruhainies datang sama waktu dengan Aliff sedangkan ‘call time’ Ruhainies lebih awal.

Mengulas mengenai tindakan Bella menarik diri daripada memegang watak sebagai adik kepada Ruhainies dalam ‘Terjerat’, Z menyifatkan keputusan itu adalah baik.

“Dalam drama ini Bella melakonkan watak perampas suami kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies. Nanti akan ada babak Bella meminta maaf kepada Ruhainies. Jadi situasi ini mungkin tak sesuai pada masa sekarang jika diteruskan.” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah
1 month ago

Bella Astillah Bagi Bayangan Tarik Diri Daripada Drama 'Terjerat', Enggan Berlakon Sekali Dengan Aliff Aziz & Ruhainies?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...