“Tiada Kaitan Langsung” – Didakwa ‘Potong Usus’ Demi Jalani Rawatan IVF, Alyah Enggan Lagi Soal Zuriat Jadi Bualan Ramai

Hiburan

“Tiada Kaitan Langsung” – Didakwa ‘Potong Usus’ Demi Jalani Rawatan IVF, Alyah Enggan Lagi Soal Zuriat Jadi Bualan Ramai

Penyanyi popular, Datin Alyah menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya melakukan pembedahan bariatrik susulan mahu menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat.

Kata Alyah, dia membuat pembedahan tersebut pada Mac lalu kerana mahu kembali cergas selepas berdepan pelbagai masalah disebabkan berat badannya.

Advertisement

Saya tahu ini jawapan klise, tiada kaitan langsung dengan IVF sebab soal zuriat saya sudah serahkan kepada Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Tambahannya lagi, sebelum ini dia sering makan ubat kurus dan disebabkan itu, kerap kali penyanyi Kisah Hati tersebut keluar masuk hospital serta kaki sakit hingga terpaksa solat atas kerusi.

Dalam pada itu, isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu berkata dia enggan mengulas lagi soal zuriat dan akui bahagia melayari bahtera perkahwinan hanya bersama suami.

Sekadar info, Alyah dan Datuk Ramli MS mendirikan rumah tangga pada tanggal 18 Mac 2013 dan menerusi perkahwinan sebelum itu, suaminya dikurniakan dua orang cahaya mata yang kini sudah dewasa.

alyah ramli ms
7 months ago

"Siapa Sangka Rumah Tangga Yang Mulanya Penuh Ribut Taufan" - Alyah Pesan Jangan Terlalu Mencintai Suami, Tetapi....

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...