“Siapa Sangka Rumah Tangga Yang Mulanya Penuh Ribut Taufan” – Alyah Pesan Jangan Terlalu Mencintai Suami, Tetapi….

Hiburan

“Siapa Sangka Rumah Tangga Yang Mulanya Penuh Ribut Taufan” – Alyah Pesan Jangan Terlalu Mencintai Suami, Tetapi….

Tukar niat daripada mencintai pasangan kepada mencintai Allah SWT. Itu pendapat Datin Alyah agar pasangan suami isteri dapat peroleh keharmonian dalam rumah tangga.

Alyah ramli ms
7 months ago

"Macam Pusat Asuhan.." - Alyah 'Melawak' Dengan Tok Ram Sampai Kena Marah, Ada Netizen Yang Sentap?

Advertisement

Kata isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS, dia bersyukur rumah tangga yang pada awalnya melalui pelbagai dugaan kini menemui kebahagiaan.

Saya sentiasa berdoa dan siapa sangka rumah tangga yang mulanya dibina penuh ribut taufan, tsunami dan pelbagai lagi, tetapi Allah akhirnya bagi kegembiraan dan keharmonian rumah tangga.

ramli MS

Katanya, seseorang perlulah menukarkan ‘arah’ daripada terlalu mencintai suami kepada mencintai Yang Maha Esa dan Alyah akui kurang bermain media sosial sebaliknya akan mendengar serta membaca setiap hari.

Tambah penyanyi itu lagi, dia mengambil pendekatan untuk tidak selalu berkongsi perihal rumah tangganya bersama Datuk Ramli MS di media sosial, begitu juga suaminya.

Ujarnya, ia kerana tidak semua orang akan suka apa yang kita kongsikan malah ada juga pihak yang mungkin tidak berpuas hati.

Tidak perlu beritahu semuanya pada orang, saya sendiri pernah buat kesilapan itu. Kesilapan itu yang buat saya belajar, tidak boleh buat sebegitu lagi apatah lagi umur semakin meningkat.

alyah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...