“Tiada Diskriminasi..” Rita Rudaini Kagum Kerajaan Pahang Benarkan Individu Belum Vaksin Tunai Solat Di Masjid

Hiburan

“Tiada Diskriminasi..” Rita Rudaini Kagum Kerajaan Pahang Benarkan Individu Belum Vaksin Tunai Solat Di Masjid

Pelakon penuh kontroversi, Rita Rudaini meluahkan rasa kagum dengan kerajaan Pahang apabila membenarkan mereka yang belum divaksin untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di masjid.

Rita Rudaini
3 years ago

"Aku Yang Tak Shooting, Orang Lain Yang Panas.." Rita Rudaini Hairan Sikap Netizen Gemar Jaga Tepi Kain Orang

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Rita menerusi sebuah hantaran Instagram Storynya di mana dia bersyukur dan berharap agar pihak berkaitan dapat mencontohi pemerintahan negeri Pahang.

Katanya lagi, perkara tersebut perlu dipraktikkan dalam menggalakkan orang ramai untuk mengunjungi masjid.

 

Alhamdullilah segala puji bagi Allah. Moga Pahang sentiasa dirahmati Allah. Tiada diskriminasi untuk yang belum vaksin untuk pondan atau pengkid ke masjid (dengan berpakaian ikut jantina). Sepatutnya lebih menggalakkan orang ke masjid. Ramaikan masjid bukan tempat pelancongan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa kerajaan Pahang telah membenarkan kehadiran jemaah yang belum menerima suntikan vaksin untuk menunaikan solat di Masjid dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang baharu.

Nama Rita sebelum ini menjadi perbualan netizen apabila dia mengaku enggan menerima vaksin dan turut menyebarkan beberapa hantaran di media sosial mengenai ketidak-percayaannya kepada suntikan pelali itu.

Namun begitu, dia tidak mahu digelar sebagai anti-vaksin kerana berpendapat golongan yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak semestinya digelar dengan gelaran sedemikian rupa memandangkan keputusan untuk mengambil suntikan tersebut adalah hak individu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Rita Rudaini

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...