Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Aku Yang Tak Shooting, Orang Lain Yang Panas..” Rita Rudaini Hairan Sikap Netizen Gemar Jaga Tepi Kain Orang

Rita Rudaini

Pelakon penuh kontroversi, Rita Rudaini meluahkan rasa hairan dengan sikap sesetengah individu yang gemar menjaga tepi kain orang lain terutama terhadap dirinya yang sanggup melepaskan tawaran berlakon kerana enggan mengambil vaksin COVID-19.

Advertisement

Perkara tersebut dizahirkan Rita menerusi beberapa buah hantaran di Instagram Story miliknya di mana dia turut menempelak sikap seorang pengguna Facebook yang asyik mengaitkan namanya dengan isu vaksin.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Kata Rita, sikap sesetengah pihak yang sentiasa ‘mencari pasal’ dengan dirinya itu seperti sudah hilang akal ataupun mengalami penyakit mental.

Aku hairan ramai yang tak senang dengan aku. Kalau aku tak shooting kamu semua ‘panas dekat mana? kamu ke yang bayar bil aku. Aku tak kacau orang. Aku duduk di rumah sahaja, tak keluar pun ancam nyawa orang lain. Kenapa sakit hati sangat? Tak ada kerja sangat ke?

Pelakon drama Shah Alam 40000 ini juga menganggap mereka ini sebagai seorang yang ‘menyedihkan’ seolah-olah hidup dalam kesunyian sehingga perlu memuat naik status berbaur umpatan di media sosial.

Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  

Dia dalam pada itu turut memberi amaran kepada mereka di luar sana agar tidak sesekali ‘memetik’ namanya dalam mencipta sebarang isu di masa akan datang.

Eh! Kau pula yang sakit hati kalau aku tak shooting. Menyibuk dengan badan aku dah kenapa. Kau pula siang malam risau aku tak vaksin sampai ‘up’ status.

Advertisement

Terdahulu, Rita membuat pengakuan bahawa namanya telah digugurkan daripada drama 100 episod gara-gara enggan menerima vaksin COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Rita Rudaini
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Vasssss!!

    September 17, 2021 at 8:37 pm

    Sebab tu kena cerai..

  2. Anonymous

    September 17, 2021 at 12:25 pm

    dia yg reka cerita sendiri. dia yg sibok mengata. litar pintas betul.rita rude ini

  3. Anonymous

    September 17, 2021 at 10:47 am

    meroyan

  4. Yg meluat

    September 16, 2021 at 9:09 pm

    Tak habis lg dia ni, kerja bergaduh dgn netizen ja. Org komen tak blh terima, pastu condemn org boleh pula. Aku tak jumpa lg artis yg comment sampai sebut poen. Tak dak class betoi la

  5. Cengkih

    September 16, 2021 at 8:50 pm

    Sukatila rita oi, hang lantang org bahankan takleh terima pula.kesian.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top