“Tiada Bukti Lagi Kanak-Kanak Sihat Perlukan Dos Penggalak” – Ketua Saintis WHO

Dunia

“Tiada Bukti Lagi Kanak-Kanak Sihat Perlukan Dos Penggalak” – Ketua Saintis WHO

Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan berkata tiada bukti kukuh kanak-kanak dan remaja yang sihat memerlukan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Malah, beliau sebaliknya menjelaskan lebih banyak kajian diperlukan bagi menentukan golongan manakah yang memerlukan dos penggalak semasa varian Omicron merebak.

Advertisement

Menurut Swaminathan, kumpulan pakar WHO akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan bagaimana sesebuah negara patut mempertimbangkan pemberian dos penggalak kepada rakyat mereka.

vaksin

Setakat ini, tiada bukti lagi kanak-kanak atau remaja yang sihat memerlukan dos penggalak.

Tambahnya lagi, tujuan dos penggalak adalah melindungi golongan paling berpotensi terdedah dengan wabak, melindungi mereka yang berisiko dengan penyakit berbahaya dan ancaman kematian.

Mereka adalah populasi warga emas, individu yang terjejas dengan tahap imunisasi serta golongan pekerja kesihatan.

kids

Menurut laporan UtusanIsrael mula memberikan suntikan dos penggalak kepada kanak-kanak berusia 12 tahun, manakala Amerika Syarikat memberi kebenaran penggunaan dos ketiga vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.

Kanak kanak dibenarkan vaksin
2 years ago

Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun Kini Dibenarkan Vaksin Jenis COMINARTY 10mcg

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...