Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun Kini Dibenarkan Vaksin Jenis COMINARTY 10mcg

Berita

Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun Kini Dibenarkan Vaksin Jenis COMINARTY 10mcg

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun kini boleh menerima vaksin COVID-19 selepas mendapat kelulusan pendaftaran bersyarat diberikan kepada jenis vaksin COMIRNATY 10mg Concentrate For Dispersion For Injection.

Jemaah Haji 14 peratus
2 years ago

14 Peratus Daripada 122 Jemaah Umrah Positif COVID-19 Dikesan Tidak Divaksinasi

Advertisement

Keputusan itu dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang bersidang hari ini berkenaan pendaftaran produk vaksin COVID-118.

COMIRNATY 10mcg adalah vaksin COMIRNATY yang diluluskan untuk imunisasi COVID19 kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Sediaan ini mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin COMIRNATY yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.

Manakala bagi individu berusia 12 tahun ke atas, kelulusan pendaftaran bersyarat turut diberikan kepada COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection di mana ia vaksin COMIRNATY dengan formulasi baharu yang tidak memerlukan pencairan sebelum administrasi serta mempunyai jangka hayat yang lebih panjang iaitu 10 minggu apabila disimpan pada suhu dua darjah celsius hingga lapan darja celsius setelah dinyah beku.

Pemegang pendaftaran kedua-dua vaksin COMIRNATY itu adalah Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. dan dikilangkan oleh BioNtech Manufacturing GmbH, Jerman.

Jelas DG Hisham, kelulusan pendaftaran bersyarat itu masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berdasarkan data-data terkini daripada semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat risiko bagi vaksin-vaksin tersebut kekal positif.” ujarnya seperti memetik laporan Sinar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...