14 Peratus Daripada 122 Jemaah Umrah Positif COVID-19 Dikesan Tidak Divaksinasi

Berita

14 Peratus Daripada 122 Jemaah Umrah Positif COVID-19 Dikesan Tidak Divaksinasi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melaporkan 14 peratus daripada 122 jemaah umrah yang positif COVID-19 varian jenis Omicron tidak mengambil sebarang vaksinasi.

Ujar Khairy, perkara itu telah menunjukkan dengan jelas bahawa berlaku ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti jemaah umrah.

Advertisement

Jelasnya, hanya jemaah yang divaksinasi lengkap dibenarkan pergi dan pihaknya akan berbincang dengan kementerian terlibat supaya agensi perlancongan dapat patuh dengan sebarang syarat yang diletakkan.

Kita juga sedang siasat sama ada mereka ini (tidak divaksinasi) disebabkan faktor kesihatan atau memang enggan divaksinasi.

Perkara tersebut dimaklumkan Khairy ketika sidang akhbar di Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini, seperti laporan Kosmo Online.

Khairy sebelum ini telah mengarahkan supaya penangguhan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan umrah diteruskan untuk tempoh sebulan bagi urusan penilaian risiko.

Dalam pada itu, kerajaan Malaysia akan turut berbincang dengan kerajaan Arab Saudi dan konsulat negara tersebut untuk memperketatkan SOP yang sedia ada.

Dia juga menafikan bahawa terdapat pilih kasih berhubung sekatan ke atas perjalanan ke Tanah Suci berbanding perjalanan ke negara yang lain.

Tegasnya, kes varian Omicron kebanyakannya datang daripada jemaah umrah dan berikutan itu kerajaan Malaysia terpaksa membuat keputusan menangguhkan sementara perjalanan para jemaah untuk menunaikan ibadah umrah.

KJ dituduh belum ambil vaksin
2 years ago

Viral 'Screenshot' Status Masih Diproses, Dituduh Belum Ambil Vaksin, KJ Perjelas Hal Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...