Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan berkata tiada bukti kukuh kanak-kanak dan remaja yang sihat memerlukan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.
Malah, beliau sebaliknya menjelaskan lebih banyak kajian diperlukan bagi menentukan golongan manakah yang memerlukan dos penggalak semasa varian Omicron merebak.
Menurut Swaminathan, kumpulan pakar WHO akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan bagaimana sesebuah negara patut mempertimbangkan pemberian dos penggalak kepada rakyat mereka.
Setakat ini, tiada bukti lagi kanak-kanak atau remaja yang sihat memerlukan dos penggalak.
Tambahnya lagi, tujuan dos penggalak adalah melindungi golongan paling berpotensi terdedah dengan wabak, melindungi mereka yang berisiko dengan penyakit berbahaya dan ancaman kematian.
Mereka adalah populasi warga emas, individu yang terjejas dengan tahap imunisasi serta golongan pekerja kesihatan.
Menurut laporan Utusan, Israel mula memberikan suntikan dos penggalak kepada kanak-kanak berusia 12 tahun, manakala Amerika Syarikat memberi kebenaran penggunaan dos ketiga vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.