“Then, What Choice Do I Have?” – Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah

Gaya Hidup

“Then, What Choice Do I Have?” – Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memaklumkan bahawa idea Kerajaan Perpaduan telah dicetuskan oleh baginda sejak perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah idea baginda

Maklum Al-Sultan Abdullah lagi, idea tersebut dilontarkan beliau pada ketika itu setelah melihat majoriti yang dimiliki oleh Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tipis dan mungkin menyebabkan krisis pentadbiran negara berulang.

Advertisement

Berikutan itu, baginda menawarkan penyelesaian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) iaitu menubuhkan Kerajaan Perpaduan rentetan tiada parti yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Saya mulakan dengan (memaklumkan kepada parti) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Pas). Tetapi, saya tak nak bangkitkan isu ini lagi kerana dia tolak (pembentukan Kerajaan Perpaduan) sebulat-bulatnya.

Then, what choice do I have? Jadi baki siapa yang boleh wujudkan (kerajaan).Saya juga maklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu, menawarkan kepada parti Muhyiddin dan Pas juga. Tapi apakan daya, itu sekadar apa yang saya boleh buat.

Al-Sultan Abdullah berkongsi perkara demikian ketika diwawancara hampir dua jam bersama media sempena tamat tempoh pemerintahan di Istana Negara, baru-baru ini yang turut ditemani Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda turut mengulas mengenai pemilihan Perdana Menteri Malaysia memandangkan bukan tugas Agong yang memilih pemimpin negara itu.

Wakil rakyat yang akan cadangkan nama, bukan Agong yang cadangkan nama siapa Perdana Menteri kerana Agong tidak boleh lantik Perdana Menteri sewenang-wenangnya.

Kalau macam itu, senang lah…tak perlu ada Parlimen.

Titah baginda lagi, kesemua pemimpin parti politik harus berada dalam keadaan harmoni dan bukannya galak berebut kuasa selain bersatu untuk memajukan negara dan membela nasib rakyat.

“Saya nak satu keadaan harmoni dalam negara kita ini dan ia seharusnya bermula di Parlimen. Kita tidak harus bergaduh ataupun berfikiran lain kerana kita nak majukan negara kita, nak tingkatkan nama baik negara kita,” titah baginda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

glamping
11 months ago

(VIDEO) Nenek Dipukul 'Owner Glamping' Selepas Mengadu Bakar Sampah Belakang Rumah, Ini Rupanya Kisah Sebenar...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...