“Tetiba Nak Marah..” – Habis Semua Ditendang, ‘Rider’ Mengamuk Pelanggan Salah Pin Lokasi

Kehidupan

“Tetiba Nak Marah..” – Habis Semua Ditendang, ‘Rider’ Mengamuk Pelanggan Salah Pin Lokasi

Boleh dikatakan berat sebenarnya tugas sebagai seorang rider makanan ini. Banyak perkara yang perlu dilalui serta diredahi mereka, sama ada cuaca ketika itu panas ataupun hujan, mereka tetap perlu menjalankan tanggungjawab untuk menghantar makanan ke rumah pelanggan.

Untuk melakukan itu semua pun sudah penat, tambah pula dengan karenah pelanggan yang kadang kala boleh menguji kesabaran seseorang.

Advertisement

Sama seperti situasi yang dihadapi oleh seorang rider ini apabila pelanggannya membuat pesanan makanan, namun pelanggan tersebut salah pin lokasinya.

Lagi membuatkan dia berasa ‘penat’, ketika dia menelefon pelanggan berkenaan untuk menanyakan tempat yang betul, pelanggan itu tidak menjadi panggilannya.

Setelah berjaya menghantar makanan yang dipesan, rider berkenaan jelas berasa berang dengan apa yang telah berlaku hingga menendang pintu pejabat wanita terbabit.

Biarpun wanita terbabit sudah beberapa kali memohon maaf kepada rider itu serta memberi tips kerana berasa bersalah, dia masih mengamuk.

 

komen tiktok

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memihak kepada rider terbabit kerana faham kepenatan yang dilaluinya dan merasakan apa yang dilakukan oleh pelanggan-pelanggan itu sememangnya menyusahkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

grab rider kena sadai
2 years ago

"Lupa Off Lah Ni" - Jauh Datang Nak 'Pickup' Makanan, 'Rider' Kena 'Sidai' Tengok Kedai Dah Tutup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...