Boleh dikatakan berat sebenarnya tugas sebagai seorang rider makanan ini. Banyak perkara yang perlu dilalui serta diredahi mereka, sama ada cuaca ketika itu panas ataupun hujan, mereka tetap perlu menjalankan tanggungjawab untuk menghantar makanan ke rumah pelanggan.
Untuk melakukan itu semua pun sudah penat, tambah pula dengan karenah pelanggan yang kadang kala boleh menguji kesabaran seseorang.
Sama seperti situasi yang dihadapi oleh seorang rider ini apabila pelanggannya membuat pesanan makanan, namun pelanggan tersebut salah pin lokasinya.
Lagi membuatkan dia berasa ‘penat’, ketika dia menelefon pelanggan berkenaan untuk menanyakan tempat yang betul, pelanggan itu tidak menjadi panggilannya.
Setelah berjaya menghantar makanan yang dipesan, rider berkenaan jelas berasa berang dengan apa yang telah berlaku hingga menendang pintu pejabat wanita terbabit.
Biarpun wanita terbabit sudah beberapa kali memohon maaf kepada rider itu serta memberi tips kerana berasa bersalah, dia masih mengamuk.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memihak kepada rider terbabit kerana faham kepenatan yang dilaluinya dan merasakan apa yang dilakukan oleh pelanggan-pelanggan itu sememangnya menyusahkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.