Baru-baru ini tular di laman Facebook mengenai sepasang suami isteri yang dikatakan telah dihalang masuk daripada membuat urusan di UTC, Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Izzudin Ismail, difahamkan dia telah didatangi oleh pasangan ini yang meminta bantuan daripadanya untuk menghubungi balai polis.
Hal ini kerana, pengawal keselamatan kompleks tersebut enggan membenarkan mereka masuk atas sebab pasangan suami isteri itu tidak memiliki telefon bimbit untuk mengimbas MySejahtera.
Mereka tak ada handphone, tak boleh scan MySejahtera, dan tak ada IC. Sebab barang-barang penting mereka semua terbakar dalam lori.
Malah, pasangan suami isteri itu turut melampirkan laporan polis kepada pihak pengawal dan sudah meminta pihak polis sendiri menjelaskan kepada pengawal tersebut.
Tapi pengawal tu tetap berkeras tak boleh masuk sebab tak boleh scan MySejahtera, alasan risiko kesihatan.
Jelas Izzudin, mereka ingin membuat urusan kad bank dan urusan mendapatkan IC sementara di kompleks tersebut oleh kerana barangan penting mereka itu telah terbakar bersama lori milik mereka.
Kenapalah susah sangat nak memudahkan urusan orang yang tengah susah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.