Perit! Suami Lafaz Talak Depan Kawan Tanpa Isteri Tahu, Tiba-Tiba Terima Notis Mahkamah

Kehidupan

Perit! Suami Lafaz Talak Depan Kawan Tanpa Isteri Tahu, Tiba-Tiba Terima Notis Mahkamah

Sememangnya semua orang tahu kuasa talak sepenuhnya dari tangan suami kerana diharapkan mereka bersifat rasional ketika membuat keputusan jika berlaku perselisihan faham dalam rumah tangga.

Bagaimanapun, kerana tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan, sebilangan besar suami pada zaman ini sewenang-wenangnya melafazkan perkataan ‘cerai’ kepada isteri.

Advertisement

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok ini, dimana seorang wanita terpaksa menanggung kesedihan kerana diceraikan oleh suami yang dikenali di media sosial, padahal baru 7 hari bernikah.

Tanpa mengetahui sebab dirinya diceraikan, suami mengambil keputusan keluar dari rumah dan si isteri tiba-tiba menerima surat notis dari mahkamah untuk urusan perbicaraan mereka.

Lebih menyedihkan, si suami melafazkan talak buat isteri di hadapan rakan-rakannya dan tidak berterus-terang punca dirinya mahu menamatkan hubungan rumah tangga mereka berdua.

Persoalan tentang sama ada boleh atau tidak si suami melafazkan talak saat berjauhan dengan isteri, pihak peguam berkata boleh jika suami memang ada niat untuk bercerai.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, netizen turut tumpang sedih dan tertanya-tanya sebab si suami sanggup aniaya isteri seperti itu dan ada juga berpendapat, si suami tidak tahu soal selok-belok agama sebab itu bertindak sedemikian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

budak spm 'attack' resort
2 years ago

"Aku Gagal Sebab Kau!" - Tak Dapat Jawab Masa 'Listening Test' Punca Sebuah Resort Diserang Calon SPM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...