Pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan bahawa tindakannya memfailkan cerai bukanlah bermakna dia membenarkan Ira Kazar memiliki suaminya, Syamsul Yusof secara penuh.
Kata Puteri Sarah, dia mengambil tindakan tersebut setelah berfikir masak-masak dan ia adalah jalan terbaik buat dirinya.
Saya tak fikir begitu, saya fikir saya sudah lakukan yang terbaik dan saya rasa inilah jalan terbaik untuk saya.
Media juga ada menanyakan sama ada Puteri Sarah masih menyayangi suaminya itu setelah apa yang dilaluinya selama ini.
“Boleh tak kalau saya tak nak jawab tu..” respon ibu kepada dua anak ini.
Dia juga menzahirkan perasaan reda jika jalan yang dipilihnya ini akan melalui satu fasa dan proses yang panjang.
Saya tahu akan menjalani proses yang sangat panjang tapi saya dah reda dengan yang terjadi. Yang penting saya dah mulakan langkah pertama dengan failkan dahulu. Apa yang mendatang saya terima.
Terdahulu, Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin lalu bagi memfailkan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof.
Tarikh sebutan kes permohonan cerai bakal berlangsung pada 7 Mac ini bertempat di lokasi sama.