“Syamsul Ada Beri Kata Akhir Sebelum Saya Hadir Ke Mahkamah” – Puteri Sarah Liyana

Hiburan

“Syamsul Ada Beri Kata Akhir Sebelum Saya Hadir Ke Mahkamah” – Puteri Sarah Liyana

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa suami, pengarah Syamsul Yusof ada menghantar pesanan terakhir menerusi aplikasi WhatsApp sebelum dia ke mahkamah untuk memfailkan penceraian.

Kata Puteri Sarah, Syamsul juga ada mengajak untuk bertemu bagi membincangkan kemelut rumah tangga yang berlaku antara mereka berdua.

Advertisement

Namun begitu, ibu kepada dua anak ini memaklumkan bahawa mereka berdua masih belum berkesempatan untuk berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan penggambaran.

Syamsul ada beri kata-kata terakhir sebelum saya datang ke sini, tetapi saya tak boleh kongsikan.

Puteri Sarah mendedahkan mengenai perkara itu ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Syariah, Wilayah Persekutuan, semalam.

Ujarnya, dia turut membalas mesej Syamsul itu dengan kata-kata serta pesanan dalam mengharungi dugaan rumah tangga.

Dalam peristiwa semalam, Puteri Sarah dilihat hadir seorang diri dan tidak ditemani Syamsul Yusof bagi proses perceraian itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Difahamkan, jika Syamsul turut hadir dan setuju untuk meneruskan agenda tersebut, maka lafaz cerai boleh berlaku pada hari yang sama.

Menurut Akberdin iaitu peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, peringkat kedua proses perceraian akan diadakan di mahkamah sama di mana mereka akan dirujuk pada Jawatankuasa Pendamai dan jika tidak berjaya, mahkamah akan merujuk pada hakam pertama (keluarga) dan beralih kepada hakam mahkamah sebagai jalan terakhir.

“Kita akan mohon pada mahkamah agar beri mandat kepada hakam mahkamah itu supaya sekiranya Syamsul masih enggan, autoriti lafaz cerai itu diberikan kepada hakam mahkamah yang mewakili plaintif (Puteri Sarah)” jelas Akberdin lagi.

1 year ago

"Cukuplah 9 Tahun" - Tarikh Sebutan Kes Cerai Puteri Sarah & Syamsul Yusof Sehari Sebelum 'Anniversary' Perkahwinan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...