“Cukuplah 9 Tahun” – Tarikh Sebutan Kes Cerai Puteri Sarah & Syamsul Yusof Sehari Sebelum ‘Anniversary’ Perkahwinan

Hiburan

“Cukuplah 9 Tahun” – Tarikh Sebutan Kes Cerai Puteri Sarah & Syamsul Yusof Sehari Sebelum ‘Anniversary’ Perkahwinan

Pagi tadi, pelakon Puteri Sarah Liyana telah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi memfailkan penceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Advertisement

Menerusi laporan Mstar, pelakon berusia 38 tahun itu berkata tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah itu signifikan kerana hampir dengan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka.

Saya lega, kalau ikutkan tahun ini cukup 9 tahun perkahwinan kami dan sebenarnya tarikh 7 Mac ini sangat signifikan kerana 8 Mac adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke-9.

Syukur alhamdulillah, cukuplah 9 tahun saya menjadi isteri kepada Mohd Syamsul. Nampaknya tak ada rezeki.

Dalam pada itu, Sarah menegaskan dia bukanlah anti kepada poligami namun bertindak menuntut cerai kerana kecewa ditipu oleh suami.

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata segala usaha yang dilakukan untuk memperbaiki hubungan merekasebagai suami isteri nampaknya tidak berhasil.

Sebenarnya poligami itu indah sekiranya suami itu berlaku adil. Tapi sebab saya ditipu dan tak minta izin dan tak berbincang dulu. Jadi saya rasa ini jalan terbaik.

Apa yang saya boleh katakan, saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Jelas Sarah lagi, dia sudah melakukan yang terbaik dengan berbincang dengan keluarga dan sudah bertahan serta berjumpa dengan ustaz dan ustazah tetapi masih sama dan tiada perubahan.

Hari itu masa saya pergi umrah dan saya minta Allah tunjukkan jalan dan Allah memang dah tunjuk semua.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Pagi Ni Saya Bangun Dengan Bersemangat" - Puteri Sarah Teruskan Tuntutan Cerai Di Mahkamah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...