Baru-baru ini tular tentang seorang pegawai polis wanita yang berpangkat Asisten Superintendan (ASP) membuat ‘live’ di aplikasi TikTok ketika bertugas.
Menerusi rakaman berdurasi satu minit 38 saat itu, pegawai berkenaan yang berpakaian jaket seragam operasi PDRM berbuat sedemikian ketika sedang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan.
Susulan itu, dia yang bertugas sebagai ASP Operasi Urusetia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah menerima kecaman hebat daripada ramai netizen.
Teruk dikritik tentang etika kerjanya, pegawai tersebut bagaimanapun dilaporkan masih bertugas seperti biasa namun ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Menurut Kosmo, dia akan bertugas di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Johor dengan menyandang tugas sebagai ASP Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata pegawai tersebut perlu lapor diri pada hujung Mei depan.
Zaman sekarang ni, bukan polis je tapi ada juga cikgu yang membuat siaran langsung atau rakaman ketika bertugas mendedahkan wajah anak murid mereka.
Golongan sebegini sudah tentu akan dikritik hebat jika melanggar etika kerja mereka kan?