Tersilap Tekan Pedal Minyak, Pekerja Warga Asing Parah Kereta Terjunam Dari Tingkat 3 Kondominium

Trending

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Pekerja Warga Asing Parah Kereta Terjunam Dari Tingkat 3 Kondominium

Sebuah kereta jenis Toyota Camry dipandu seorag pekerja kedai cucui kenderaan terjunam jatuh dari tingkat tiga parkir kondominium.

Kejadian itu berlaku di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur ketika pekerja lelaki warga Afghanistan itu dipercayai mahu mengalihkan kereta tersebut sebelum berlakunya insiden terbabit.

Advertisement

kereta terjunam tingkat tiga OUG Parklane

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, lelaki berusia 23 tahun itu kini dalam keadaan parah dan sedang dirawat di  Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta itu dipercayai tersilap menekan pedal minyak semasa mahu meletakkan kenderaan milik pelanggan sebaik selesai dicuci.

Menerusi video dashcam yang tular, dapat dilihat kenderaan itu melanggar pagar besi dan terjatuh dari tingkat tiga dan menghempap dua kereta lain di bawah iaitu Proton Iriz dan Perodua Myvi.

Kedua-dua pemilik kereta berkenaan bagaimanapun tiada di dalam kenderaan mereka ketika kejadian berlaku.

@effanraniKejadian Petang Tadi , Di oug parklane Jalan klang lama .♬ original sound – effanrani

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Video dashcam bas bawa pelajar UPSI
2025-06-09 19:03:20

Tular Video ‘Dashcam’ Kejadian Semasa Kemalangan Bas Bawa Pelajar UPSI - “Allah Lajunya..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...