Tular Video ‘Dashcam’ Kejadian Semasa Kemalangan Bas Bawa Pelajar UPSI – “Allah Lajunya..”

Berita

Tular Video ‘Dashcam’  Kejadian Semasa Kemalangan Bas Bawa Pelajar UPSI – “Allah Lajunya..”

Terbaru, tular video dashcam daripada kereta lain yang memaparkan kejadian semasa kemalangan bas yang membawa pelajar-pelajar UPSI.

Dapat dilihat dalam video tersebut, bas berkenaan cuba memotong sebuah kereta di jalan tersebut tetapi hilang kawalan hingga mengakibatkan ia melanggar kereta Alza dihadapannya.

Advertisement

Bahkan, kelajuan bas tersebut sangat laju biarpun berada di selekoh jalan yang gelap.

Meninjau di ruangan komen hantaran video itu, rata-rata warganet terkedu melihat kelajuan bas terbabit, lagi-lagi pemandu berkenaan membawa dalam had laju yang tidak sepatutnya.

nahas pelajar UPSI
2025-06-09 16:27:49

"Kita Akan Lihat Kemalangan Berpunca Daripada Kecuaian Manusia Atau Kegagalan Teknikal" - Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads