Alhamdulillah. Rezeki sememangnya untuk dikongsi bersama. Manakala dugaan yang menimpa adalah untuk peringatan buat kita. Baru sahaja terlibat dengan kemalangan yang agak ngeri baru-baru ini, Awal Ashaari telah pun membuat kenduri doa selamat sebagai tanda kesyukuran terselamat tanpa sebarang kecederaan serius. Selain rakan-rakan artis, majlis ini dihadiri oleh anak-anak Tahfiz Al-Mustaqim, Paya Jaras, Selangor.
Gembira Abang Nara melihat keluarga ini. Semoga kemalangan tersebut bukan sahaja dijadikan iktibar bukan sahaja untuk Awal Ashaari tetapi buat kita semua. Apa pun, Awal Ashaari kini sedang mencari pemandu sementara untuk membawanya ke mana-mana sehingga trauma yang dialaminya hilang. Kata Awal:-
Saya mungkin akan mencari pemandu dalam masa terdekat supaya mudah untuk saya bergerak kemana-mana dan tidak menganggu sesiapa terutama isteri saya yang sibuk bekerja. Buat masa sekarang doktor menasihatkan saya supaya tidak memandu dan saya masih mencari-cari pemandu yang sesuai bagi membantu saya bergerak membuat rawatan susulan.
Banyak kali juga saya menggunakan perkhidmatan teksi sekarang ini sehingga mereka sudah kenal saya dan bertanya keadaan saya selepas kemalangan. Kadang-kadang saya kesian dengan isteri kerana dia pun ada komitmen lain dan saya memerlukan pemandu namun hanya sementara sahaja tidaklah berterusan.
Semoga Awal Ashaari sekeluarga dirahmati keluarga dan sentiasa diberi kebahagiaan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.