Written by AbangNara | March 29th, 2015

Seram dan cuak juga Abang Nara melihat gambar kereta BMW 6 Series yang membawa Awal Ashaari yang terlibat di dalam kemalangan hari ini. Memang hancur remuk. Nasib baiklah Awal Ashaari dan kawan baiknya yang memandu kereta tersebut, Izuan Mokhtar tidak mengalami kecederaan yang serius. Kedua-duanya telah dikejarkan ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan selanjutnya.

awal ashaari

gambar Zuan Azmi

Kemalangan tersebut berlaku di di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi. Awal Ashaari yang tidak berapa sihat telah meminta pertolongan rakannya, Izuan Mokhtar untuk memandunya ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka. Malang memang tidak berbau apabila mereka berdua terlibat di dalam kemalangan ini.

awal ashaariMengikut laporan terkini di media, Awal Ashaari sekadar mengalami kecederaan di bibir dan bakal keluar daripada hospital hari ini. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah telah melindungi Awal dan rakannya. Kalau tengok kereta, memang seram. Nasib baiklah hanya kecederaan ringan sahaja.
awal ashaari Menurut Izuan, kereta tersebut rosak teruk selepas terbabas ke bahu jalan akibat brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas. Untuk makluman, menurut Zuan Azmi iaitu wartawan Melodi TV3, kereta BMW 6 Series itu adalah milik rakan Awal Ashaari, Izuan Mokhtar. Apa pun, kereta boleh claim insurance, yang penting nyawa selamat. Sama-samalah kita doakan tiada kecederaan dalaman buat kedua-duanya. Amin.

UPDATE: Awal Ashaari telah memuatnaik gambar terbarunya di Instagram (seperti di bawah) dengan tulisan ini:-

Assalamualaikum. Saya telah terlibat dengan kemalangan tengahari tadi ketika dalam perjalanan ke Jom Heboh Melaka. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius, Terima Kasih diatas pertolongan semua pihak yang telah mengeluarkan saya dari kenderaan, bawa ke hospital dan rawatan yg diberikan oleh Hospital Melaka. Inshallah saya akan ditukarkan ke Kuala Lumpur malam nanti. Doakan kesihatan saya, dan rakan @izuan_mokhtar yang turut sama mengalami kecelakaan ini. Salam, Terima kasih.

awal ashaari

Semoga kedua-duanya segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini. Amin.

 

40 responses to Awal Ashaari Kemalangan, Kereta BMW 6 Series Hancur Remuk

  1. Cantik ke tidak? says:

    Alhamdulilah mereka selamat, kereta remuk takpe, janji nyawa masih ada.. Tu paling penting, apa2 pun ingatan buat semua ye, jangan lupa baca doa naik kenderaan dan ayat kursi sekali, moga Allah bagi perlindungan buat kita semua.

    0

    0
    • Tak Mahu Mengutuk Sekadar Mengomen says:

      Benda2 mcm ni tkleh di buat main , sy terigat lg kwn sy pernah kutuk shahir sbb eksiden msa shahir guna fairlady , ckp shahir tk reti bawa kereta sport la , pastu bandingkan dgn kereta dia yg first hand and ckp shahir guna recon , so lepas beberapa bulan kawan sy plak yg eksiden meniggal , sama mcm shahir sbb xciden time hujan lebat , so ada masa berdiam diri lebih baek !! Sekian , ini cerita benar ,

      0

      0
    • Makcik sayang Awal,[email protected] Lara. says:

      Alhamdulillah syukur teramat sgt kpd Allah swt krn masih melindungi Awal dn kawannye…makcik risau sgt bile terdengar berita kurang jelas sbb time melodi baru stat makcik kt dlm bilik air smlm..bile dh tahu awal dn kwn kemalangan lemah rase seluruh badan…melihat kan kepada keadaan kereta…laju je airmata ni keluar tibe2..lega sikit bile dh tahu awal dan kwn cedera ringan je.. Pd awal,makcik pesan jgn lupa terus buat rawatan susulan..syukur alhamdulillah semuanya selamat. Scha dan Lara Moga tabah ye,,

      0

      0
  2. jasminanne says:

    We pray for ur fast recovery Awal Ashaari. Syukur alhamdulillah Allah sayangkan semua, semoga cepat sembuh dan tak ada apa2 internal luka atau bleeding ke apa2. To Scha stay calm n strong. Doa kami utk kalian sekeluarga.

    0

    0
  3. gossipgurl says:

    allahuakbar, tuhan maha besar, maha penyayang, maha mengasihani.

    alhamdulillah, banyak2 bersyukur awal, kawan awal, scha semua, panjang umur. aku tak kesah sape pon, asalkan, jaga la diri elok2, bawak kete elok2, aku takot tengok orang accident, darah2 sakit.

    jadi pape nanti, family, mak ayah family adik beradik semua sedih. tagline “INGATLAH ORANG TERSAYANG” tu memang betul sebenarnya.. hati2 semua.

    0

    0
  4. Kurus says:

    Alhamdulillah. tp mesti buat thorough check up ye Awal… lepas seminggu nanti, buat.. jgn tk buat..

    0

    0
    • alham dullilla syukur la awal ashari suda sada aku akan doa kn kmu sentiasa selamat dan panjng umur meski pun ramai orang kata awal orang yng angku dan belaga tapi aku tak peduli semua itu aku akan sentiasa menyokong awal ashaari

      0

      0
  5. huhuhu says:

    Alhamdullilah awal dan rakan selamat..Semoga cepat sembuh..

    0

    0
  6. akak som says:

    Alhamdullillah syukur pada Allah. Ameen

    0

    0
  7. minah jambu sayang nenek says:

    kawan awal ashaari yg memandu kereta tu tkde lesen ke ?????? ni mesti tkde lesen memandu ni babtu tu bawak kereta asal bolehhhhh aje huh ! untok awal semoga cepat semboh ok god bless..

    0

    0
  8. rose rossa says:

    kereta remuk nasib baik tk apa2 to both of them..smoga cpt sembuh..

    0

    0
  9. Olaf says:

    klau tengok pd kete tu memg mengerikan…alhamduliliah awal n rakan nya selamat…terharu bila dapat tahu y awal kemalangan smlm..lgi2 bila tengok kete tu…

    0

    0
    • aptb says:

      TERHARU??? adoi..sila buka kamus balik dik. Awak tak tahu makna terharu ke? kesian sungguh

      0

      0
      • kalau salah betulkan says:

        terharu means, sedih.
        mmg ramai yg anggap terharu ni mcm speechless. i pun baru tahu mksud terharu n dlm paper pun guna ayat terharu untuk gambarkan kesedihan. nvm,, semoga awal n kwn cpt sembuh. amin.. :)

        0

        0
      • kamus dewan on9 says:

        kalau aku jd kau, aku bukak kamus dewan dulu sebelum komen sbb aku nampak mcm kau cuba bodohkan diri. hahahaha!!! aku dh tolong olaf bukak kamus, terharu tu sedih, rawan, pilu. kau ni mmg aptb lah! puihhh, komen tu mcm kau yg betul. byk baca novel la tu feeling2 heroin yg selalu “terharu” dpt surprise dari hero! haha. kesian!

        0

        0
  10. Anonymous says:

    semoga lekas sembur

    0

    0
  11. Semoga cepat sembuh…
    yang lain hati2

    0

    0
  12. wadoyok says:

    Lepas ni Scha pakai tudung.

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      tk semesti nyeeee….asal laki eksiden aje bini kena pakai tudong ke ??????? dulu tu ustaz azhar idrus bini dia betudong kenape dia eksiden jugak ??? cakap macm orang tkde kepala hotak pulak huh !!

      0

      0
  13. adaakukesah says:

    whatever lah nok nok

    0

    0
  14. fadzilhashim88 says:

    alhamdulillah ke 2 2 nya selamat

    0

    0
  15. fans says:

    Hari jumaat lps tu pn tayar blkg kereta sa pecah. Saya dah tak dapat control kereta, syukurlah x remuk mcm kereta kwn awal dan mc hidup sampai skg.

    0

    0
  16. keknos says:

    moga awal cepat sembuh

    0

    0
  17. pabila aku tonton melodi tadi mengatakan bawa awal kemalanga di jalanraya hati ku menjadi lema setala itu aku x tau kabar awal aku da tak sabar mau tau kabar nya jadi aku ke facebook untuk mencari tentang awal ashaari setala itu aku lihat dia begitu cedera air mata ku mengelir jadi aku minta2 kpada allah semoga awal bisa sembuh seperti semula dan bisa lagi ber lakon d dalm melodi… dari itu terimakasi saya muksin peminat awal ashaari nombor 1 …

    0

    0
    • Anonymous says:

      @muksin chicco….bukan bisa berlakon d dlm melodi ye….tp mengacara dalam melodi ye…….heheheheh

      0

      0
  18. awal ashaari semoga kmu bahagi seperti dulu ya aku percaya tuhan pasti bantu kau nasip saja aku ni orang sabah kalau aku orang kuala lumpur pasti aku bisa jengu awal ashaari

    0

    0
  19. waktu itu aku menunggu awal berlakon melodi d melaka jom hebo tapi aku pikir kan awal dapat belakon ternyata dia kemalangan saya sunggu rasa kesian kepada awal ashaari knpa la dia jadi cm tu saya x sangup meningu foto2 kemalangan awal ashaari saya x sanggup tingu saya sayang kn awal ashaari setala itu waktu awal masi blum kemalangan saya selalu masuk google untuk lihat foto awal ashaari saya memang minat awal ashaari d dalam telpon saya ni banyak gambar2 awal ashaari awal saya pesan jaga la kesihatan awal jngan lupa minum obat dan juga bawa kerita jngan laju ya awal saya x nak awal cedera lagi itu seja saya pesan… ok terima kasih awal ashaari:’

    0

    0
  20. muksin says:

    ya Allah sembuh kan la awal ashaari ya Allah kembali kan la dia seperti dulu ya Allah aku mohon sama kmu ya Allah hanya satu permintaan ku ya Allah sembuh kan la di

    0

    0
  21. Syukur Alhamdullillah..Bagi Puji Hanya Kepada Allah..Kepada Pengacara MELODI Ia Itu
    AWAL ASHAARI Dan Rakan Nya Yang Terlibat Dengan Kemalangan
    Jalan Raya Yang Remuk ..Di Hari Ahad Saya Ucapkan Semoga Cepat
    Sembuh Aku Do’A Kan Semoga Awal Ashaari dan Rakannya Itu Semoga
    Setelah Habis Menjalani Rawatan Di Hospital Nanti Semoga Korang Sembuh Seperti NORMAL …AMEEN sya Hairey Hyunsik Ilhoon mengucapkan Semoga…Cepat Sembuh Seperti Dahulu…

    0

    0
  22. Anonymous says:

    BMW tu ingat kn awal punya….rupanya kawan dia izuan punya..tapi kan awak….gambar BMW yg belum excident tu no.platnya mcm no.plat kereta awal ja….AW….hehehheheeheh

    0

    0
  23. mungkin bang awal da sembuh ke kalau da semboh alhamdullilla semoga semboh la

    0

    0
  24. mena jembu seyang nenek. berani juga kau ckp cm tu kepada abng awal kurang ajar nya kau ni suka hati nya la be tudung ke apa ke yng kau skit hati tu npa juga jngan la kau komen dia kalau kau licik licik kan dia aku x suka tau kau paham ke

    0

    0
  25. mena jembu sayang nenek. hoi berani nya kau ckp cm tu kepada abng awal kau pikir kau tu c apa kurang ajar kau ya ckp c abng awal betudung itu dia tutup je kepala nya bkn nya be tudung kau tu buta ke apa juga kau nmpak tu tufung ke jngan la kau komen c abng awal kalau kau licik lick kn dia aku x suka tau

    0

    0
  26. saya punya nombor 0128285564 ini sya punya wechat idd muksin1234 idd la sekarang sya tak sombong orang nye

    0

    0
  27. Anonymous says:

    mmm.. pliss idd aku

    0

    0
  28. idd wechat ku hons45 idd la sekarng ye

    0

    0