Kecoh sejak awal malam semalam, apabila viral berita seorang pelakon lelaki popular bertindak kasar membelasah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon, apabila wanita itu memintanya untuk berhenti menjalin hubungan sejenis dengan kenalannya pada 26 Jun lalu.
Isu ini mendapat perhatian ramai dan cukup hangat diperkatakan, ada pula netizen tanpa bukti kukuh mula membuat spekulasi mengaitkan nama pelakon Syafie Naswip dalam kontroversi tersebut.
Netizen terus “menyerang” akaun Instagram Syafie, penuh dengan komen mempersoalkan adakah benar berita yang tersebar mengaitkan namanya itu.
Bagaimanapun, masih ada yang tidak percaya Syafie mengasari bekas tunangnya dan mungkin apa yang berlaku hanya satu salah faham sahaja.
Terdahulu, pelakon lelaki yang didakwa memukul tunangnya turut mengeluarkan kata-kata kesat sebelum mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah.