Terpalit Dengan Kontroversi Lawak R*gol, Nama Fauzi Nawawi Di ‘Blacklist’ Oleh Stesen TV?

Hiburan

Terpalit Dengan Kontroversi Lawak R*gol, Nama Fauzi Nawawi Di ‘Blacklist’ Oleh Stesen TV?

Akibat terpalit dengan kontroversi melakukan gurauan berunsur lucah dalam sebuah rancangan temu bual beberapa bulan lalu, pelakon Fauzi Nawawi kini tidak lagi diterima di sebuah stesen televisyen.

Akui berasa terkilan dengan hal terbabit, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi berasa tindakan yang dibuat oleh pihak TV tidak mengeluarkan kenyataan rasmi serta namanya disenarai hitamkan agak tidak adil.

Advertisement

Jika ada surat rasmi mengatakan nama saya disenarai hitam, boleh lah saya rujuk KKMM atas dasar akta apa saya di banned.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

Sebelum ini, penerbit Azman Yahya atau Jinggo memuat naik status di media sosial, Instagramnya memberitahu pelakon lelaki ini telah membawa diri ke negeri Sabah selepas tiada lagi ruang buatnya dalam industri seni.

Dalam pada masa yang sama, Fauzi memberitahu sebab membawa diri ke Sabah atas kerana ingin mencuba peluang perniagaan di sana bagi menampung keluarganya.

Sekadar info, Oktober lalu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini teruk dikecam netizen kerana berkongsi pengalamannya memegang watak sebagai perogol dan hal yang membuatkan orang ramai ‘naik darah’ apabila beliau bersungguh-sungguh menceritakan secara terperinci melakukan adegan merogol di dalam sebuah filem.

fauzi nawawi
2 years ago

"Kesilapan Memang Pada Saya" - Isu Tular Babak Rogol, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...