Pelakon, Fauzi Nawawi tampil memohon maaf selepas tular video memaparkan dirinya menceritakan babak rogol membabitkan pelakon wanita, Raja Farah dalam filem Anak Halal.
Pelakon ini menjelaskan, program tersebut sebenarnya sudah lama ditayangkan di kaca TV. Namun, ianya kembali hangat diperkatakan sehingga kecoh di Twitter.
View this post on Instagram
Dia memohon maaf kepada semua yang terkesan khususnya kepada Raja Farah, suami dan keluarga. Dia juga meminta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk memberi respon. Katanya dia baru sahaja balik daripada penggambaran.
Saya tahu berita ini dah malam. Kebetulan tengah shooting scene berat, saya ignore. Saya tutup komen sebab tak nak mengganggu fikiran saya.
Jelas pelakon yang terkenal dengan watak antagonis ini, habis sahaja recording program itu dia ada meminta pihak penerbit dan produksi memotong mana-mana yang sensitif.
Apabila bersembang sesama lelaki, Fauzi mengaku salah terlepas cakap perkara tidak sepatutnya. Dia sedar ada bahagian sensitif yang tidak perlu ditayangkan kepada umum. Tetapi sayangnya rancangan itu sudah ditayangkan dua kali, katanya.
Tertengok dekat tiktok like how doh diaorang open this topic dekat tv ? like how doh ? tak boleh brain wei pic.twitter.com/4RMGKZMUQf
— Yan (@FayyanFreaks) October 19, 2021
Fauzi mengaku jahil dan tidak baik, tetapi dia sedang memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Dia sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Dia langsung tiada niat untuk mengaibkan Raja Farah dan suami.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
anonymous
October 20, 2021 at 5:44 pm
uncle ni memang ada masalah gila sex dia memang suka provok benda2 berkenaan sex siap tunjuk anu lagi tu lepas tu mati matian deny.cakap pasal anu ni ada lagi sekor si lebai terlangkop melingkop yg kononnya imam suci tetapi thanks to zaman internet serba canggih,keaiban silam kau akn berada jalur internet selamanya kih kih kihh
malu
October 20, 2021 at 1:23 pm
jijik.. artis2 lelaki tu nampak excited & x fikir malu dah. especially pakcik yg bercerita pengalaman diri tu. eii.. kalau aku berada di tempat wife & anak2 dia skarang, pandangan aku pada si lelaki ni 100% berubah.