Terpalit Dakwaan Rog*l Wanita, Tersebar Laporan Polis Melibatkan Pempengaruh Permotoran

Viral

Terpalit Dakwaan Rog*l Wanita, Tersebar Laporan Polis Melibatkan Pempengaruh Permotoran

Nama pempengaruh, Haqiem Stopa kembali menjadi perhatian ramai selepas tular satu dakwaan mengejutkan di Threads baru-baru ini.

Dakwaan tersebut turut disertakan dengan salinan laporan polis yang mengaitkan namanya, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Advertisement

haq

Terbaru, Haqiem tampil memberi respon menerusi satu hantaran di Instagram Story dan mempersoalkan tindakan individu yang memuat naik perkara tersebut menggunakan akaun palsu.

Menurut Haqiem, dia tidak mengenali individu berkenaan dan tidak pasti apakah tujuan sebenar hantaran itu dibuat.

“Assalammualaikum, ada sikit je benda nak beritahu. Yang pertama sekali, saya tak tahu siapa yang post. Saya tak kenal pun awak dan awak post apa. Yang kedua, tujuan awak apa upload? Sedangkan awak pakai fake account.”

“Awak pun tak tunjuk diri awak. Awak tak tunjuk akaun awak yang sebenar. So, apa motif? Motif awak post, untuk apa? Dengan fake accountnya, motif apa saya tak tahu dan saya tak kenal awak. Awak pakai akaun tipu, tak tahu motif apa.”

Dalam perkongsian sama, Haqiem turut mendakwa akaun yang membuat hantaran itu telah menyekatnya sehingga dia sendiri tidak dapat melihat kandungan yang dimuat naik.

“Sekadar nak menjatuhkan ke apa, saya tak pasti. Lepas tu, kenapa awak block saya? Awak buat postingan tu, tapi awak block saya? Saya tak boleh tengok apa yang awak post, tapi saya nak tengok. So, kenapa awak block saya?”

Bagaimanapun, Haqiem berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan isu berkenaan kerana kini sedang cuba memulakan semula kehidupannya.

Malah, katanya, dia sendiri tidak begitu mengingati butiran berkaitan perkara yang sedang ditularkan itu.

Terdahulu, satu salinan laporan polis yang mengaitkan nama Haqiem tular di media sosial dan menjadi perbualan ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-15 11:15:46

Beri Cikgu Kuih Ros Patah, Pelajar Menyorok Belakang Tiang Kerana Malu - "Bergenang Air Mata, Hadiah Ini Yang Paling Saya Ingat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads