“Terpaksa Cabut Lari” – Ejen Hartanah Tergamam Jumpa Patung Seks Atas Kerusi Waktu ‘Inspect’ Rumah Klien

Trending

“Terpaksa Cabut Lari” – Ejen Hartanah Tergamam Jumpa Patung Seks Atas Kerusi Waktu ‘Inspect’ Rumah Klien

Seorang ejen hartanah terkejut apabila menjumpai sesuatu yang tidak disangkakan ketika membuat tinjauan dan inspection rumah milik klien beberapa bulan yang lalu.

Katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Nadia, ia merupakan teres dua tingkat milik pasangan suami isteri yang sudah bercerai pada tahun 2020 dan kliennya sudah lama tidak ke rumah tersebut sejak berpisah.

Advertisement

Semasa membuat inspection itu, Nadia ditemani kliennya yang turut membawa anak perempuan mereka berusia lima tahun. Ketika itu, bekas suami kliennya ada di rumah tersebut yang dikatakan dalam keadaan tidak terurus dan bersepah seolah-olah ia tidak dijaga dengan baik.

Namun apa yang lebih mengejutkannya adalah apabila dia ternampak patung seks bersaiz seperti manusia dan dibaringkan atas sebuah kerusi di tingkat atas.

Kliennya juga ternampak benda yang sama dan telah bertanya pada ahli keluarga selepas menghantar gambar.

Sah! Patung tu adalah sex doll. Saya tak sedap hati, tak boleh fikir dah. Saya geli! Saya berterus terang dengan klien minta kemas rumah, simpan patung tu.”

Nadia turut berkata dia tidak bayangkan apa akan berlaku jika dia ke sana berseorangan atau bersama bakal pembeli.

Dia turut akui trauma berada di rumah itu bukan hanya disebabkan kewujudan patung tetapi apabila memikirkan kelakuan bekas suami kliennya itu.

Dakwa Nadia, bekas suami kliennya kerap senyum dan beri pandangan ‘semacam’ padanya selain berkata penampilan lelaki itu tidak terurus.

Saya trauma walaupun datang waktu siang bersama klien. Tak dapat bayangkan apa akan berlaku kalau malam. Lebih-lebih lagi saya ni perempuan.”

Video dimuat naik oleh Nadia di TikTok meraih perhatian ramai warganet yang memberikan reaksi masing-masing namun difahamkan ia telah pun dipadam olehnya di aplikasi itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"Lokasi Pilihan Semasa S*ks" - Gadis Trauma Disuruh Pensyarah Jawab Kaji Selidik Berbaur Lucah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini