“Lokasi Pilihan Semasa S*ks” – Gadis Trauma Disuruh Pensyarah Jawab Kaji Selidik Berbaur Lucah

Kehidupan

“Lokasi Pilihan Semasa S*ks” – Gadis Trauma Disuruh Pensyarah Jawab Kaji Selidik Berbaur Lucah

Viral di media sosial Twitter baru-baru ini mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fai Awin yang mendedahkan dirinya diganggu secara seksual oleh seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

Menerusi hantaran tersebut, Awin mengakui hanya mendapat keberanian untuk mendedahkan perkara itu kepada orang awam selepas hampir setahun lebih kes itu terjadi namun tiada tindakan lanjut daripada pihak polis mahupun universiti.

Advertisement

Menurut Awin, kisah bermula apabila dia menghantar kiriman message kepada seorang pensyarah untuk bertanyakan mengenai assignment kerana kurang memahami tugasan itu.

And dia tanya boleh tak tolong dia jadi respondent. So as student kitorang dah biasa kena jawab kaji selidik ni so tak expect apa-apa buruk.

Jelasnya lagi, walaupun selepas membaca soalan kaji selidik yang berbaur lucah itu, dia masih bersangka baik terhadap pensyarah berkenaan memandangkan ketika itu kecoh mengenai gangguan seksual.

I percaya sir I ni orang baik-baik. I percaya seorang pendidik tu takkan buat benda terkutuk tu. But I rasa I silap.

Malah, pensyarah tersebut turut membuat panggilan telefon sepanjang menjalankan kajian dan bertanyakan soalan berbaur lucah selain mengajak melakukan onani.

Susulan itu, Awin telah bertindak mengumpul semua bukti dan membuat laporan polis setelah menyedari dirinya diganggu secara seksual oleh pensyarah berkenaan.

Bagaimanapun, gadis itu mendakwa masih tiada kemas kini yang dilakukan oleh pihak polis berkenaan kes terbabit walaupun kesemua bukti termasuk telefon pintar dan sim card yang digunakan telah diambil untuk siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Tidur Bertudung & Berselimut" - Gadis Kongsi Tips 'Travel' Ke Thailand Dengan BF Undang Kecaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. gell

    August 18, 2022 at 11:07 am

    jelas sangat ini survey untuk cari mangsa. harapnya “pensyarah” ini di ambil tindakan dan tidak dibenarkan mengajar lagi. rosak anak bangsa.

  2. Anonymous

    August 17, 2022 at 6:01 pm

    ko xkn dpt balik fon tu dik….percayalah ckp aku…kes tu akan tergantung selama lamanya

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...