“Tidur Bertudung & Berselimut” – Gadis Kongsi Tips ‘Travel’ Ke Thailand Dengan BF Undang Kecaman

Kehidupan

“Tidur Bertudung & Berselimut” – Gadis Kongsi Tips ‘Travel’ Ke Thailand Dengan BF Undang Kecaman

Baru-baru ini, viral di media sosial Twitter mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Mimi Asmara yang menceritakan tentang perkongsian tips ‘travel’ daripada seorang wanita yang mengundang tanda tanya.

Menurut hantaran tersebut, wanita muslimah bertudung itu telah berkongsi tips percutian ‘budget‘ ke Thailand bersama teman lelakinya menerusi hantaran di laman Facebook.

Advertisement

Antaran tips yang diberikan wanita itu adalah dia dan teman lelakinya telah berkongsi bilik hotel dan tidur di katil yang sama namun dihadang dengan meletakkan bantal diantaran mereka.

Tidur bertudung dan berselimut.

Malah, apabila tiba giliran untuk mandi, salah seorang antara mereka akan turun ke bawah dan menunggu di ruangan lobi sehingga seorang lagi selesai.

Sembahyang asing-asing.

Tambahnya lagi, tips percutian itu bukan sahaja dapat menjimatkan duit, malah para wanita akan berasa lebih selamat kerana bercuti dengan teman lelaki.

Apabila ditanya sama ada mereka tidak takut jika terlanjur melakukan zina, wanita itu menitip pesanan agar sentiasa ‘menjaga niat’ supaya perkara sebegitu tidak berlaku.

Meninjau di ruangan balas, perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tips percutian berkenaan dan mengecam tindakan wanita itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

keretapi ke hatyai
5 bulan lalu

Tak Sabar Nak Makan 'Thai Food'? Kereta Api Dari Padang Besar Ke Hatyai Kini Dibuka!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Leylla Elskens

    August 17, 2022 at 9:34 pm

    No brain..???

  2. Anonymous

    August 17, 2022 at 5:48 pm

    mslhnya org islam ni fikir, aurat tu rambut dan anggota tubuh je. so boleh sebilik, sekatil.
    segala yg ko buat tu kne ada batasan. cara duduk, xleh terkangkang. cara baring. cara bongkok. cuba bygkan org pkai tudung labuh tp duduk terkangkang, baring melentok, so apa maknanya?
    knp sempit sgt fikir kne cover kulit badan dan rambut shj?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...