Penyanyi antarabangsa, Doja Cat disahkan positif Covid-19 selepas beberapa anggota pasukan produksinya dijangkiti wabak itu baru-baru ini.
Doja atau nama sebenarnya Amala Ratna Zandile Dlamini berkata, dia terpaksa membatalkan persembahan kerana harus fokus untuk memulihkan kesihatannya semula.
Menurtu Doja, 26, dia turut berasa sedih dan tidak akan dapat beraksi pada persembahan seterusnya untuk iHeartRadio Jingle Ball Tour.
Seperti yang mungkin anda semua dengar sebelum ini, beberapa anggota pasukan produksi saya disahkan positif Covid-19.
Penyanyi lagu Woman berkata dia terpaksa membatalkan beberapa persembahan akan datang sebagai langkah keselamatan.
Semangat saya agak jatuh kerana tidak dapat meraikan musim cuti bersama peminat di Philly, DC, Atlanta, dan Miami.
Doja mengakui sangat terkilan apabila tidak dapat bertemu peminatnya buat sementara waktu namun memaklumkan keadaannya ketika ini baik-baik saja.
Baca: “Saat Yang Paling Mengubah Hidup Kami” – Little Mix Kenang Kembali Kemenangan Di X-Factor