“Saat Yang Paling Mengubah Hidup Kami” – Little Mix Kenang Kembali Kemenangan Di X-Factor

Hiburan

“Saat Yang Paling Mengubah Hidup Kami” – Little Mix Kenang Kembali Kemenangan Di X-Factor

Kumpulan penyanyi antarabangsa, Little Mix mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi kumpulan penyanyi pertama memenangu pertandingan nyanyian realiti popular, X-Factor.

Walaupun kini ahlinya hanya tinggal betiga selepas Jesy Nelson mengambil keputusan untuk bergerak secara solo tahun lalu, Leigh-Ann Pinnock, Perrie Edwards, dan Jade Thirlwall tetap terus menghasilkan karya baharu.

Advertisement

Sehingga kini mereka telah menjual lebih dari 60 juta album sepanjang 10 tahun karier mereka di dalam industri muzik antarabangsa.

Mengimbau kembali saat menjalani sesi uji bakat, mereka akui saling tidak mengenali kerana masing-masing hadir sebagai penyanyi solo.

Little mix telah memuat naik sebuah video kenangan mengigati bagaimana kemenangan mereka di X-Factor 10 tahun lalu yang telah mengubah kehidupan mereka selama-lamanya.

Menerusi video yang dimuat naik itu, mereka memegang gambar ketika diumumkan sebagai pemenang dan dapat dilihat keempat-empat merekaa meraikan momen tersebut bersama mentor, Tulisa Contostavlos.

Sepanjang 10 tahun, mereka merupakan kumpulan Britain pertama yang berjaya berada dalam kedudukan empat terbaik carta Billboard.

Kim Kardashian
2 years ago

Gagal Rujuk Dengan Kanye, Kim Kardashian Mohon Status Bujang Kembali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...