Setelah hampir seminggu kehilangan isteri tersayang, pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu tidak putus berdoa agar Siti Sarah hadir ke dalam mimpinya.
Memasuki hari ke-6 pemergian Siti Sarah, Shuib memaklumkan bahawa hanya anak ketiga, Ariq Matin,6, telah berpeluang bermimpikan Allahyarhamah ibunya.
View this post on Instagram
Kongsi Shuib, ketika dia sedang memandikan Ariq, anaknya itu tiba-tiba berkongsi bahawa dia ada mimpikan Siti Sarah.
Ketika sedang mandikan matin, tiba-tiba dia berkongsi malam tadi dia mimpikan ibunya. Dia beritahu dalam mimpi itu ibunya datang membawa adik bongsunya, Ayash Affan dan arwah beri dia pegang adiknya. Tapi arwah hanya diam saja dalam mimpi itu.
Shuib memaklumkan mengenai perkara itu ketika majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk arwah Siti Sarah secara maya, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Ujarnya Shuib, setelah mendengarkan mengenai perkara itu, dia meminta anak ketiganya itu mendoakan agar dia turut merasakan perkara yang sama.
“Saya rindu sangat nak jumpa dia. Saya reda dan sangat berlapang dada dengan ketentuan ini. Cuma rindu yang masih bertandang dan saya percaya waktu akan menjadi ubat.” katanya dalam nada hiba.
Terdahulu, penyanyi Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir setelah beberapa hari ditidurkan di Unit Rawatan Rapi ketika sedang melawan sakit COVID-19 pada 9 Ogos yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.