Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Budak Lelaki Mimpi Sarah Diserbu Kanak-Kanak Palestin..” – Shuib Sepahtu

Shuib Sarah

Shuib mengakui dirinya terpaku apabila dimaklumkan mengenai sebuah mimpi yang dialami seorang budak lelaki yang mengatakan arwah isterinya, Siti Sarah berada di kawasan yang indah bersama anak-anak Palestin.

Advertisement

Ujar Shuib, satu persatu perkara Allah tunjukkan mengenai kebaikan yang dilakukan isterinya selepas pemergian arwah pada pagi Isnin lalu.

Shuib SARAHSumber : Amir Khalid  

Dedahnya, dia sangat tersentuh apabila menerima nota suara wanita tidak dikenali menerusi seorang rakan ketika dia sedang merindukan arwah isterinya itu.

Menerusi nota suara itu, ibu tersebut menceritakan mengenai anaknya yang bermimpikan Siti Sarah.

SHUIBSumber : Harian Metro  

Shuib pada awalnya enggan bercerita kerana risau dianggap berlebih berkongsi kebaikan arwah namun bersetuju kerana percaya Allah ingin tunjuk satu kebaikan supaya kita selalu beramal baik dan bersedekah.

Advertisement

Dia nampak seorang kakak baru sampai, terpinga-pinga melihat sekeliling,duduk di atas kerusi. Kemudia ada ramai kanak-kanak menyerbunya yakni kanak-kanak Palestin. Budak tersebut sempat berbual dan kakak itu memberitahu namanya Sarah.

Kata Shuib lagi, kanak-kanak itu mengejutkan ibunya jam 4 pagi semata-mata untuk menceritak mengenai mimpinya itu.

Kemudian mereka membawa kakak berjalan-jalan melihat kawasan dan minum susu lembu bersama-sama. Wajahnya penuh kegembiraan dan begitu seronok.

Tambah pengusaha minuman Bubblebee ini lagi, budak lelaki itu bertanyakan kepada ibunya adakah mengenali siapa Sarah dan ibunya menunjukkan wajah isterinya lantas budak itu berlalu dan memberitahu inilah kakak yang ditemuinya dalam mimpi itu.

Shuib berkongsikan mengenai cerita itu selepas majlis tahli dan bacaan Yassin untuk Allahyarhamah Siti Sarah, malam khamis lalu.

Akhiri Shuib, banyak pengajaran yang dapat dikutip menerusi pemergian isterinya itu terutama dari segi amalan-amalan soleh yang dapat dicontohi oleh kita yang masih hidup.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    August 13, 2021 at 1:12 pm

    alhamdulillah.. moga roh arwah Sarah ditempatkan bersama orang2 beriman..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top