“Terlalu Ramai Artis Jadi Suami Dayus, Isteri Nusyuz…” – PU Syed

Kehidupan

“Terlalu Ramai Artis Jadi Suami Dayus, Isteri Nusyuz…” – PU Syed

Tahun ini, kita menyaksikan banyak berita tergempar membabitkan rumah tangga membabitkan selebriti di mana ada yang disebabkan orang ketiga sehingga membawa kepada keganasan rumah tangga atau perpisahan.

Sementara itu, PU Syed menerusi Instagram telah memuat naik coretannya sekitar dua minggu lepas mengenai hal tersebut.

Advertisement

Pendakwah bebas itu tidak menolak bahawa ramai golongan selebriti tidak kiralah yang bergelar suami atau isteri yang dayus dan nusyuz.

Bukan hanya tentang isu rumah tangga tetapi juga perkara yang membabitkan kerjaya mereka contohnya sebagai pelakon di mana aurat serta perbuatan haram tidak diambil berat.

Isteri dibenarkan berlakon dan berpelukan, berpengan tangan dengan lelaki lain dalam itu adalah nusyuz. Suami pula reda dengan alasan kononnya itu profesion mereka. Ini adalah dayus.”

Dia turut menegur berkenaan hal rumah tangga artis yang menjadi hebahan dan bualan di media sosial, jadi masyarakat perlu mengambil iktibar.

Hantaran tersebut meraih perhatian dan mendapat pelbagai respon daripada netizen di mana ramai yang bersetuju dengan coretan Pu Syed itu.

Rata-ratanya menyifatkan bahawa hal yang ditegur olehnya itu sering diambil ringan selain sudah seperti menjadi ‘normal’ sehinggakan ia semakin dibiarkan.

sajat tegur pu syed
2 years ago

"Orang Bukan Agama Islam Pun Nak Mengutuk, Susahlah" - Giliran Sajat Pertikai Teguran PU Syed Untuk Michelle Yeoh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...