Terlalu Mahal Untuk Diminum? Ini Sebab-Sebab Harga Air Jenama Evian ‘Level Kayangan’

Kehidupan

Terlalu Mahal Untuk Diminum? Ini Sebab-Sebab Harga Air Jenama Evian ‘Level Kayangan’

Sejak kebelakangan ini, rasanya semua perasan jenama air mineral Evian hangat diperkatakan dalam platform media sosial kerana harganya yang mahal.

Berkenaan tentang harga air mineral sebotol RM4.50 sudah semestinya boleh dikatakan hanya ‘level’ kayangan boleh meminumnya dan perdebatan mengenai jenama ini mula hangat apabila tular sebuah video yang dimuat naik oleh Perdana Menteri di laman Twitternya.

Advertisement

Orang ramai kebanyakkannya mempertikaikan mengapa air jenama mahal dihidangkan dalam mesyuarat yang sedang berbincang tentang kos sara hidup rakyat yang kini kian tidak menentu.

Bagaimanapun, untuk pengetahuan ramai ada beberapa sebab kenapa air Evian mempunyai harga yang sangat mahal walhal ianya cuma sebotol air, sama seperti yang lain.

1. Pelaburan wang yang banyak.

harga air evian mahal

Melalui laporan dari Loan Street SG, jenama air Evian bukanlah seperti jenama air-air mineral yang lain kerana banyak pelaburan wang sudah dilakukan bagi memastikan jenama mereka mendapat pengiktirafan dari segi kesihatan dan brand awareness. Ia bukan saja melabur dalam pasaran, malah dalam pelbagai acara seperti Terbuka AS serta Wimbledon.

2. Kos pengedaran.

harga air evian mahal

Jenama Evian ini sebenarnya datang dari wilayah tenggara Perancis yang dipanggil Rhone-Alpes. Untuk pengetahuan, jika anda berada di Perancis atau bahagian lain Eropah, anda boleh membelinya dengan harga yang murah, akan tetapi kos pengedaran membuatkan harga air Evian di negara Asia Tenggara menjadi mahal.

3. Bahan yang mudah dikitar semula.

harga air evian mahal

Berdasarkan production cost pula, jenama Evian menggunakan bahan yang mudah untuk dikitar semula ketika pembuatan botol dilakukan dan ia difahamkan menggunakan bahan dipanggil polyethylene terephthalate (PET) yang mempunyai proses yang tidak mudah. Bahan itu sendiri sudah mahal dan memerlukan ujian yang meluas supaya ianya selamat dan boleh dikitar semula.

4. Sihat untuk tubuh badan.

harga air evian mahal

Selalu kita ada pemikiran air mineral hanyalah sekadar air, tetapi lain untuk jenama Evian kerana ianya kaya dengan kalsium dan mangnesium. Dimana kalsium boleh bantu untuk menguatkan tulang, peredaran jantung kekal baik dan boleh menurunkan berat badan. Sebab itu harganya sedikit mahal kerana air ini bukan saja boleh hilangkan rasa dahaga, malah baik untuk kesihatan.

Jadi inilah sebab kenapa air jenama Evian sedikit mahal dari yang lain-lain. Semoga dapat menjawab pertanyaan anda semua “kenapa air mineral pun mahal?”.

netizen upload foto nediam minum arak
2 years ago

Label Orang 'Bebal' Sebab Isu PM Minum Air Evian, Netizen 'Upload' Semula Foto Nedim Minum Arak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...