Label Orang ‘Bebal’ Sebab Isu PM Minum Air Evian, Netizen ‘Upload’ Semula Foto Nedim Minum Arak?

Hiburan

Label Orang ‘Bebal’ Sebab Isu PM Minum Air Evian, Netizen ‘Upload’ Semula Foto Nedim Minum Arak?

Baru-baru ini, akaun Twitter Pejabat Perdana Menteri memuat naik sebuah video yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta beberapa anggota lain berada dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara.

Mesyuarat terbabit diadakan bagi memutuskan harga ayam runcit akan dikurangkan sebanyak 20 sen iaitu daripada RM9.10 ke RM8.90 dan hal tersebut telah mendapat kecaman yang hebat dari warganet.

Advertisement

Bukan itu saja menjadi topik kecaman netizen, malah air yang diminum oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat terbabit menjadi tumpuan kerana jenama air Evian yang diminum itu berharga RM8 sebotol.

pm minum air evianSumber : Twitter  

Keluhan serta kemarahan warganet di platform tersebut telah mendapat perhatian suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim yang kemudiannya memuat naik status seakan-akan memerli mereka yang menunjukkan kemarahan terhadap isu terbabit.

nedim dikecam netizenSumber : Twitter  

Oleh kerana ciapan terbabit, teruk Nedim dikecam netizen dimana rata-rata merasakan lelaki terbabit boleh bercakap sedemikian kerana tidak pernah berasa susah, malah ada juga menghentamnya balik dengan memuatnaik satu foto menunjukkan beberapa botol arak di atas meja makan Nedim bersama isterinya.

Nedim
3 years ago

"Sampai Tahap Sunting 'Wikipedia' Kalian Memang Ada Masalah Otak" - Nedim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...