“Sampai Tahap Sunting ‘Wikipedia’ Kalian Memang Ada Masalah Otak” – Nedim

Hiburan

“Sampai Tahap Sunting ‘Wikipedia’ Kalian Memang Ada Masalah Otak” – Nedim

Baru-baru ini, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang didakwa berlakon mencuci simen bersih di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Susulan daripada itu, terdapat individu tidak bertanggungjawab yang mengubah kandungan profil Rina menggunakan perkataan lucah.

Advertisement

Tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara menegur tindakan mereka yang tergamak menyunting laman Wikipedia menteri berkenaan dengan perkataan tidak senonoh.

Pergi ke Wiki-nya dan menyunting benda mengarut macam ni tak kelakar wahai kalian semua.

Menerusi hantaran di laman Twitter, Nedim atau nama sebenarnya Nedim Sujak Nazri Aziz berkata, menyunting laman Wikipedia Ahli Parlimen Titiwangsa itu dengan menokok tambah perkataan disifatkan lucah bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan bahan lawak.

Jangan buat perkara seperti itu. Kalau sampai tahap begini kalian bertindak dengan menyunting Wikipedianya, kalian memang ada masalah otak.

Terdahulu, Rina menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan agensi di bawah kementeriannya iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jelas Rina, tindakanya menggunakan alat penyembur air bagi misi bantuan banjir adalah untuk membersihkan kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan sukar dicuci sebelum ini.

Baca: Tular Video Rina Harun Cuci Simen Yang Dah Bersih, JKM Tampil Beri Kenyataan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...