Terlalu Banyak Kasut, Joe Flizzow Derma 50 Pasang Sepatu Setiap Tahun Pada Rakan Dan Rumah Anak Yatim

Hiburan

Terlalu Banyak Kasut, Joe Flizzow Derma 50 Pasang Sepatu Setiap Tahun Pada Rakan Dan Rumah Anak Yatim

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mendedahkan bahawa dia memiliki ratusan pasang kasut dalam koleksi simpanannya.

Joe Flizzow
2 years ago

Joe Flizzow Jalin Kolaborasi Dengan Jenama Kasut Antarabangsa Giuseppe Zanotti

Advertisement

Namun begitu, ujar Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, kasut-kasut yang dianggarkan lebih 300 pasang itu tidak akan disimpan dalam tempoh yang lama.

Kata Joe, setelah setahun, dia akan memberikan kasut-kasut tersebut secara percuma kepada orang lain.

Joe menjelaskan bahawa jumlah sepatu yang terlalu banyak itu disebabkan oleh tabiatnya membeli berpasang-pasang kasut jika bercuti di luar negara.

Saya akan beri kasut itu kepada orang lain. Lepas setahun, saya akan pilih sekitar 50 pasang kasut dan berikan pada tukang gunting rambut di kedai gunting rambut saya.

Tambah penyanyi lagu CIAO ini lagi, dia juga akan memberi sedekah kasut-kasut miliknya itu kepada rumah anak-anak yatim.

Jelasnya lagi, kasut yang disimpan dan tidak dipakai akan menjadi rosak dan mula merekah dan menguning, jadi ia lebih baik diberikan kepada orang lain untuk kegunaan harian.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa kasut-kasut miliknya akan disimpan dalam sebuah bilik khas. Sehingga kini, masih ada 100 pasang kasut yang belum dipakai oleh Joe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...