Joe Flizzow Jalin Kolaborasi Dengan Jenama Kasut Antarabangsa Giuseppe Zanotti

Hiburan

Joe Flizzow Jalin Kolaborasi Dengan Jenama Kasut Antarabangsa Giuseppe Zanotti

Penyanyi rap, Joe Flizzow mengakui kasut bukan sekadar pelengkap gaya bahkan sejenis barangan penuh nilai sentimental yang cukup bernilai tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Joe atau nama sebenar Johan Ishak mendedahkan dia memiliki lebih 300 koleksi kasut dan menyimpan semua kasutnya dalam sebuah bilik khas.

Advertisement

Menurut Joe, 42, dia memang seorang ‘sneaker head’ atau mempunyai hobi mengumpul kasut sedari usia muda.

Ada bilik khas di rumah. Saya masih simpan kasut yang saya pakai waktu dengan Too Phat sewaktu umur 18 tahun dahalu.

Penyanyi lagu Ciao itu memaklumkan koleksi kasutnya dahulu lebih banyak kerana ‘kemaruk’ pergi mana-mana dan balik Malaysia akan membawa pulang 15 pasang.

Sekarang koleksi saya kecil sahaja mungkin dalam 300 pasang. Saya tak jual kasut tapi setiap tahun saya akan beri kasut secara percuma. Ada juga 100 pasang yang belum ‘dibuka’ dalam koleksi.

Joe ditemui pada majlis pengumuman kolaborasi kasut limited edition jenama Itali, Giusseppe Zanotti bersama dirinya dan seorang lagi penyanyi hip-hop, SonaOne di ibu negara.

Joe Flizzow
2 years ago

"Kalau Nak Tegur, Tarik Tepi.." - Joe Flizzow Nasihat Tak Perlu Malukan Orang Kalau Salah 'Grammar'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...