Terkucil Suara ‘Pinggan Bergesel’, Naim Daniel Akui Tak Sengaja

Hiburan

Terkucil Suara ‘Pinggan Bergesel’, Naim Daniel Akui Tak Sengaja

Penyanyi dan komposer muda, Naim Daniel terkucil ketika membuat persembahan bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36).

Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin menyifatkan suara seperti pinggan bergesel itu merupakan satu bentuk kesilapan tidak disengajakan sebagai seorang manusia biasa.

Advertisement

Menurut Naim, 24, kesilapan yang dilakukan itu menjadikan dia bertambah bersemangat untuk memberikan persembahan terbaik pada malam kemuncak, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36.

Ini kali pertama berdepan situasi terkucil pada acara siaran langsung. Saya terkejut.

Penyanyi lagu Purnama itu mengakui kurang latihan menyebabkan dia sukar untuk mengawal vokal. Namun, Naim sudah memohon maaf secara langsung kepada dua rakan duet sebaik selesai persembahan.

Kesilapan mungkin dapat dielakkan kalau banyak berlatih. Kami berjanji memberikan persembahan terbaik dan memperbanyakkan latihan.

@hans.potter

#ad ??? #lara #sfmm36 #fyp #haelhusaini #naimdaniel #haqiemrusli

? original sound – Hans – Hans

Bagaimanapun, Naim bersyukur Hael dan Haqiem sangat memahami dan walaupun melakukan kesilapan, tetapi mereka turut bersama bertanggungjawab.

Naim Daniel
3 years ago

"Saya Tak Sangka Boleh Teroka Bidang Pengacaraan" - Naim Daniel Akui Seronok Jadi Hos

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...